Hi. Disebabkan akak tak pernah aku lupakan walaupun sudah lebih 10 tahun kisah ni berlalu, maka...aku ambil keputusan untuk menulis tent...

005 : Akak (Bab 1 -- Macam mana aku kenal akak?)



Hi. Disebabkan akak tak pernah aku lupakan walaupun sudah lebih 10 tahun kisah ni berlalu, maka...aku ambil keputusan untuk menulis tentang akak dalam blog ni sebagai cerita pertama aku dalam blog ni (Label : My Story).

Macam mana aku kenal akak? Bagaimana bermulanya aku dengan satu kisah hidup aku dengan perkataan 'akak'. Ini satu kisah yang paling aku gemar dalam sepanjang journey hidup aku. Kisahnya tidak menarik bagi orang lain tetapi sangat menarik bagi aku. Walaupun kadang kadang kisah ni buat aku ada feeling depression tapi, ada part yang aku tak dapat nak lepaskan. It's like pull and push situation di mana aku nak close this case or just let it open and allow this past story to follow me wherever I go.

Walau apapun, this story -- Sama macam kisah orang lain juga, ia pastilah akan ada ending. Cuma aku yang selalu menangguhkan titik noktah kisah ini selama bertahun tahun kerana aku sayang. Yes, I do. Aku sayang dia dan aku sayang relationship ni. Sebenarnya, relationship antara aku dan akak still ada sampai hari ni tapi keadaannya sangat jauh bezanya. Bagi aku, ia sangat berbeza walaupun dia kata, she is still the same. Nope! That statement is a lie. Penipu besar betul.

Okay, let's start from the beginning. Macam mana aku kenal akak?

Pada suatu hari, ketika aku di tingkatan 5, terdapat beberapa orang guru baru muncul di sekolah tersebut. Setiap tahun, aku pasti akan excited apabila ada guru baru yang bakal mengajar di sekolah. Meskipun, aku bukanlah seorang pelajar yang peramah apatah lagi aktif bercakap (talkative ni memenatkan bagi aku, tahu tak?), aku tetap sangat gembira bila ada guru baru. Aku rasa macam menyambut, support, macam mana nak jelaskan perasaan tu? It's...hmm...something feeling welcoming new teacherlah.

But.. I never say anything like "Hi teacher, welcome to our school... bla bla bla.." nope.. never. That is not me. Because I'm Introvert. Dan to be honest, masa tu aku belum tahu cara nak berkomunikasi dengan baik dan...yup.. I'm socially awkward. Hahahaha...

Well, because of that, people always have a wrong thought about me. They said, I was sombong. Puck! Commonlah!

Aku bukanlah sombong. Aku cuma sejenis manusia yang dipanggil introvert. Mungkin sedikit pelik di mata orang lain kerana cara dan tindak tanduk aku yang bercakap hanya dengan selective people. Memilih untuk diam dan melihat berbanding bercakap dan dilihat. Aku menyambut kedatangan guru baru bukan dengan cara menyapa dan berkenalan. Aku lebih suka lihat dari jauh. Just do nothing walaupun I like them.

Yes. Mungkin juga lack of confident atau seumpamanya. For your information, aku mengambil inisiatif untuk meningkatkan kualiti diri dengan membaca buku self-help genre and aku menghadiri sesi kaunseling di sekolah. But...you know...ada peningkatan but... it is really take time. Kadang kadang ada rasa kesal juga sebab aku tak buat apa yang patut semasa guru guru praktikal ni masih mengajar kat sekolah. Especially, dengan akak. It's kinda too late to have a face to face conversation and know her better physically. I mean, the real relationship like, berjumpa, borak and..yeah...secara face to facelah. Bercakap secara face to face.

Guru guru baru yang muncul pada tahun 2007 tersebut sering menjadi 'bahan' observation mata aku. Tak ada tujuan. Sekadar melihat seperti menonton movie. Aku bertanya dengan seorang guru yang biasa borak dengan aku, Cikgu Liana nama dia, "Cikgu..." Aku panggil dia. "Tu guru baru kan?", aku tanya santai. Cikgu Liana jawab, "Ya...tapi tu guru praktikal je.."

Oh...rupanya hanya guru praktikal. Patutlah semua nampak muda belaka. Aku suka tengok telatah diorang. Tak sama macam guru yang lain. Mungkin sebab masih student universiti. So, jiwa mudalah gayanya. Tingkah laku agak berbeza dengan guru permenant. Melihat mereka semua buat aku rasa seronok. Memberi aku peluang untuk membayangkan kehidupan masuk universiti. Then, pergi praktikal. Busy study dengan member dan sebagainya. Aku melihat mereka seakan aku melihat sebuah harapan yang mekar untuk diri aku sendiri.

Bahagia betul mereka, bisik aku dalam hati.

Oh ya, Cikgu Liana is one of my selective teacher a.k.a my favourite teacher yang aku rapat. Jujurlah.. tidak semua guru aku boleh rapat dan percaya untuk share my story or...borak about everything. Tapi dengan Cikgu Liana, yes, I can. Aku selesa dengan dia. Dan.. tak semua guru favourite aku, aku boleh bercerita. Hahahaha... yup... that's me.Complicated sedikit. Maybe, I have a social anxiety or something? I don't know lah. Aku rapat dengan Cikgu Liana since aku tingkatan 2. Sebab tu aku berani tanya tentang guru praktikal tu dengan Cikgu Liana. Cikgu lain? Soalan simple pun mulut aku berat nak angkat.

Guru guru praktikal tu semua memang nampak muda belia masa tu. Mereka bergelak tawa sesama mereka dan kadang kadang, mereka bersembang dengan pelajar tingkatan 4 yang aku kenal. Kadang kadang mereka sembang dengan pelajar tingkatan 3 yang aku rapat. Aku dapat rasa kemeriahan di situ. Dalam kalangan mereka, sudah pastilah ada yang agak menonjol. Menonjol di sini bukanlah aku maksudkan menonjol dari yang lain atau popular dalam kalangan pelajar tapi menonjol dari sudut pandang aku.

Salah seorang dari mereka mempunyai satu character yang aku tertarik. Air muka dia, cara dia berjalan. Cara dia bercakap. Jujur, wajah dia ada sedikit sombonglah. Macam kerek sikitlah... Aku tahu dia tak sombong sebab pelajar suka je dengan dia. Hanya wajahnya sahaja yang memberitahu kepada aku dia mungkin seorang yang tegas atau ada strong personality. Mungkin. Segalanya hanyalah mungkin sebab aku tak pernah pun bercakap dengan dia. Mungkin aku salah pilih perkataan. Mungkin bukan sombong. Mungkin charismatic? Damn.. I don't know man. I should learn more vocabulary untuk lebih senang nak describe how I feel about her character masa tu.

Selain dia, ada juga yang lain yang aku perhatikan. Ada yang tinggi, ada yang putih, ada yang cantik, ada yang comel. Dan macam macam. Jujur, aku perhatikan je semua. Disebabkan mereka semua tidak mengajar tingkatan 5, maka aku hanya mampu melihat. Sebenarnya aku dah lupa berapa orang guru praktikal masa tu. Tapi ada la dua atau tiga yang aku ingat tapi samar samar. Kecuali seorang. Yes! Yang seorang ni, sampai hari ni pun aku masih ingat. Dia lah akak aku.

Aku susah nak lupa dia.

Sebab... dia beri aku satu makna. Memberi aku satu rasa bahagia, teruja dan gembira yang aku pernah rasa pada waktu tu. Cuma, ia tidak lama. Sekadar sementara dan sekadar singgah lalu.

Hm. Well, lifekan. Mana ada yang selamanya.

Aku masih ingat lagi di suatu pagi, guru guru sibuk bersuka ria di sambutan hari guru. Waktu tu, sepatutnya menjadi hari yang menggembirakan buat aku juga. Tapi, sehari sebelum sambutan terjadi satu kejadian menyakitkan hati buat aku. Sampai hari ini aku masih lagi boleh rasa kesakitannya. Selain sakit hati, aku malu. Situasi yang aku rasa sangat memalukan. Aku malu dengan kawan kawan.

Dalam keadaan kepala tidak begitu baik fungsinya, aku cuba juga untuk melupakan hal semalam. Hati terasa sedih yang mendalam tapi aku cuba untuk tidak tenggelam. Di hadapan kelas aku, aku memerhatikan telatah guru dan pelajar yang sedang bergembira bermain bola tampar atau mungkin bola keranjang. Aku dah lupa. Lagipun aku buta sukan. Hahahaha! Aku tak tahu main permainan tu semua. Haxhax!

Tapi aku masih ingat satu perkara. Ada seorang guru praktikal berbaju kelabu sedang sibuk aim bola. Aku pula sibuk melihat dia dari aras satu bangunan sekolah. Lincah juga guru praktikal a.k.a pelajar universiti tu. Namanya? Aku tak tahu siapa namanya. Aku tak tahu pun nama nama guru praktikal tu. Hahahaha... Bukan tak nak ambil tahu. Tapi, hidup aku pun hampir hampir nak buat aku gila masa tu, ini kan nak masukkan info info yang tak berapa nak penting. Huhu.

Bila aku rasa sudah mula bersemangat semula, aku pun mengambil gambar kenangan untuk sambutan hari guru kali ni. Mungkin terselit hal pahit tapi...ini merupakan kali pertama aku dan rakan pengawas membuat persiapan sambutan hari guru untuk guru guru sekolah. Bagi aku, ia adalah pengalaman yang sangat bermakna. Aku dah tingkatan 5, aku akan meninggalkan sekolah tidak lama lagi. Apa salahnya aku buat perkara yang bakal aku bawa di masa hadapan sebagai kenangan terindah. Kenapalah ayah tak faham. Dan buat aku macam tu semalam. Hm.

Secara tidak sengaja, gambar guru praktikal berbaju kelabu termasuk dalam salah satu foto yang aku ambil. Aku tak ingat sama ada aku sengaja atau tidak mengambil gambar candid dia. Mungkin tidak sengaja. Yes. Aku cuma ingin mengambil gambar moment. Atau...mungkin juga aku sengaja.

Masa pun berlalu. Tingkatan 5 mula sibuk dengan peperiksaan. Aku pun tak ingat peperiksaan apa dan waktu tu, aku tak ingat juga dalam bulan berapa. Yang pasti, waktu tu dah berlalu bulan Mei, 2007. Semasa sibuk menjawab soalan peperiksaan yang aku sendiri tak tahu betul ke tidak jawapan aku, tiba tiba guru ganti masuk kelas kami.

Dia berbaju kurung kuning gelap. Aku tak ingat sangat warna yang tepat. Nampaknya memori aku dah mula faded. Dia masuk. kami berdiri dan bagi salam. Dia jalan straight ke meja guru lalu meletakkan handbag dia. Mata aku mula aktif memerhati dia. Di tangan dia ada gelang, dan mata aku alihkan pula ke name tag dia. Oh...nama dia....bla bla bla...hmm... okay..nama dia azwa (bukan nama sebenar). Well, ini kali pertama aku nampak dia sangat dekat. Hahahaha... Aku rasa, wow, I think ketinggian dia sama macam aku je. Tak ada lah tinggi sangat.

Dalam sibuk sibuk aku membaca soalan peperiksaan dan menjawab soalan, aku menunggu juga kalau kalau dia akan bersembang. Tapi mungkin tak sesuai. Kelas sedang exam. Atau mungkin dia nak kenalkan diri? oh mungkin tak perlu sebab dia cuma nak ganti kelas je. Well, dia hanya duduk, berdiri, berjalan...dan yup... nothing happened. Kawan kawan kelas pun waktu tu tak sure dah pergi mana perangai banyak cakap diorang. Dah kenapa pula semua orang tenggelam dengan kertas peperiksaan? Sejak bila jadi skema? Mungkin kawan kawan aku tiba tiba dah insaf. Hahahahaha... Aku? Sudah pastilah tidak mungkin akan mengeluarkan suara. Mustahil. 100% tidak mungkin. Bila dah tamat waktu dia menjaga kelas kami, dia pun pergi berlalu macam tu sahaja.

Hm. What a boring situation. Haxhax.

Pada suatu hari, aku notice junior aku sedang buat party kat tingkat atas. Blok 2. Naluri penyibuk aku mula keluar. Hahahaha... Well, kelas kami tak se-fun macam tu. Stress banyak. Teachers keep talking about SPM. Yelah... of coz lah. Kan? Nak celebrate apa kalau SPM pun belum settle? Nak party for no reason ke? ...and must study for better result of SPM. kan?

But ya..kami buat party tepi pantai after SPM.

Kelas yang buat party perpisahan tu, they looks so fun but ada yang sedih... Form 4 dan 3. What a lucky students because ada guru spoting gila masa tu.. Then, I don't remember what happened next after that. Yang aku ingat, diorang buat party perpisahan untuk guru praktikal. Masa aku jumpa seorang student perempuan tingkatan 3 yang rapat dengan aku masa tu, dia share something about one of the teachers. Dia cakap kat aku, "Sedihlah kak. Teacher Azwa last day hari ni."

Me, "Teacher Azwa?".... kepala aku mula ligat mengingat kembali moment dia masuk kelas aku masa exam.

Begitulah ceritanya macam mana aku kenal akak.

....bersambung.