Tersenyum lebar aku sendirian. Terasa indah perasaan ini dengan kemanisan kenangan semalam. Bagaimana untuk aku tidak mengukir senyuman apab...

022 : Jangan Lupa Ke Pusaraku


Tersenyum lebar aku sendirian. Terasa indah perasaan ini dengan kemanisan kenangan semalam. Bagaimana untuk aku tidak mengukir senyuman apabila mengingatimu yang menemui aku semalam. Terima kasih kerana sudi lagi menemui aku kawan. Aku kawan kau kan? atau bekas kawan? Hm.


Apa sahaja yang kau anggap diri aku ni, tetap dan kekal pendirian aku untuk berkata-kata kasih untuk kau. Terima kasih menemui aku kawan. Kawan yang pernah menjadi sahabat. Terima kasih meskipun hanya di kosmos berbumbungkan langit alam lain.


Kau, kulihat begitu gembira berjumpa aku sekali lagi. Aku pasti sekali dari caramu berkongsi cerita tika itu, kau sangat senang sekali. Banyak sekali cerita kau botolkan untuk dikongsikan kepada aku ya kawan. Sangat banyak luahan suka dan duka kau kongsi dengan aku kali ini, ya. Terima kasih.


Jujur, aku juga gembira. Gembira yang teramat sangat. Bangun sahaja aku dari tidur, aku senyum sampai ke telinga. Aku masih dapat rasa sentuhanmu. Aku masih dapat dengarkan suaramu bercakap dengan aku dengan nada yang begitu bahagia.


Ada masa, aku berharap kau dan aku bersahabat lagi. Tiada niatku untuk kita berpisah dengan cara luka dan berdarah di jiwa seperti ini. Benar! Aku berharap kau dan aku bersilaturrahim lagi. Bukan hanya di dimensi lain tetapi di sini.


Adakah itu mustahil? Adakah kau, secara faktanya telah membenci aku kini? Apapun status aku pada mu kini, terima kasih kerana pernah menemui aku. Semoga ada jodoh ukhuwah di antara kita berdua di syurga.


Sebelum ajal menjemput aku atau kau.


Jika kematian mendatangi aku terlebih dahulu, adakah kau akan ke pusara di mana nisan putihnya terukir namaku?


Berilah salam dulu agar aku tahu kedatanganmu. Bolehlah aku bergurau senda nanti. Hehe.

0 comments: