Dia kata, Aku tak ada sayap untuk terbang. Apabila masa berlalu... Aku sedari aku mulai ada sayap. Aku mula mahu terbang....

003 : Terbang



Dia kata,
Aku tak ada sayap untuk terbang.

Apabila masa berlalu...

Aku sedari aku mulai ada sayap.
Aku mula mahu terbang.

Dia kata. TIDAK! Jangan terbang.
Katanya aku belum tahu cara terbang.

Oh! Tak apalah..
Aku akan belajar, bisikku.

Apabila masa berlalu...

Sekarang aku sudah mulai pandai terbang sendiri.
Aku pun terbang tetapi...nampaknya dia marah.
Kemarahan yang menggilakan.
Telah membuatkan sayapku rosak.

Bukan sahaja sayapku yang rosak.
Malah, hatiku juga berkecai!

Apabila masa berlalu...

Pada hari ini kau meminta aku untuk terbang...
Maaf! Aku sudah tiada sayap untuk terbang...

-Forget My Name : Me-