Hari ni, aku dapat bad comment sebab aku slow . Aku tahu aku slow . Malah lebih slow dari siput babi. Tapi aku admit lah. Tak ada maknanya ...

018 : Aku Cuma Survive


Hari ni, aku dapat bad comment sebab aku slow. Aku tahu aku slow. Malah lebih slow dari siput babi. Tapi aku admitlah. Tak ada maknanya nak back-up diri sendiri yang memang setiap hari pun letak otak tu ke tepi. Memang salah aku slow plus lembab. Being procastinating 24/7 masalahnya. Aku paksa diri juga nak bertindak tapi... aku rasa macam kena glue. Pernah rasa tak? Orang yang tak pernah rasa memang tak faham benda ni. Rasa kena glue tu, lebih power dari gam gajah. Dia macam gajah tu sendiri yang duduk atas kau.

Lepas tu, dreaming like I'm living in fantasy. Bukan berangan-angan sebenarnya. Tapi, aku pun tak tahu. Dia macam...sebenarnya kosong. Kosong. Kosong sampai nampak cahaya di penghujung terowong pun kau tak rasa teruja. Kosong sampai nak terjun ke dalam lohong gelap pun kau tak ada motif. Kosong tu seperti kau pegang sebuah harapan di tangan tapi kau tak percaya apa yang kau genggam.

Aku memang dari dulu pun lembab cuma sekarang ni bertambah lembab. Kalau kawan aku buat kerja perlukan 1 jam, aku perlu 4 jam. I memang slow. Tambah slow bila banyak sangat distraction. Kadang rasa macam, elok aku isolated diri kat sekolah pondok, jadi religious person 24 jam. Lagi elok dari kat luar cuba nak menghadapi segala cabaran hidup yang tak pernah nak berakhir. Kecuali mati. Tapi, nak jadi religious person jangan ingat boleh bertapa dalam gua. Ilmu tak boleh kedekut. Kena kongsi. Nanti Allah persoal pula.

Aku memang rasa bersalah gila dengan dia sebab dia bagi aku peluang dan aku memang grab sebab tak nak lepaskan peluang. Cuma aku tak turbo. So aku memang salah teruk kat sini. Tak turbo. Memalukan betul keadaan ini. Sungguh. Start Mei ni, aku WAJIB berpijak di dunia nyata. Insya Allah aku kuat.

Aku banyak menyelam ke lautan diri sendiri kebelakangan ni. Nak cari balik dah pergi mana lah si Sofie ni. Kau cuba keluar balik Sofie. Kau pergi mana? Setiap kali Ramadan, dekat nak raya kau mesti bersembunyi. Aku lempang kau karang tinggalkan aku sendirian macam ni! Kau ingat, baring-baring tengok siling, kira cicak lalu lalang tu boleh bagi kau duit? Dia tabur taik hitam putih dia ada laa... Boleh bagi kau pahala berganda bulan Ramadan tu lagi lah mustahil. Jangan mimpi lah dapat free.

Secara normalnya, aku memang kaki depress, melancholic semulajadi sejak kecil. Cuma masa kecil aku tak faham la benda ni semua. Aku ingat memang semua manusia rasa macam yang aku rasa. Tapi lama-lama aku rasa macam aku je yang lain dari yang lain. Rupanya, orang tak tahu semua ni sebab aku saja yang rasa. Nak jelaskan pun bukan aku reti nak jelaskan. Kalau aku jelaskan, semua manusia nak dengar fakta sahaja bersama bukti.

Fakta aku ada, bukti sahaja yang aku tak ada. Buktinya cuma kalau ada sesuatu berlaku dengan aku suatu hari nantilah. Itulah yang sedang berlangsung dalam kepala aku sekarang ni. Doa kan aku. Doa kan aku Allah selamatkan aku. Tapi, tak mungkin terjadi lah kot.

Tapi, masa aku menyelam dalam-dalam sedalam-dalamnya ke diri aku, aku baru perasan aku jadi makin teruk sejak tahun 2016. Hah! Jujur aku memang susah nak move on dari 2007 sebab segalanya indah belaka. Kegemilangan masa depan yang bersinar menjadi harapan. Tapi malangnya pudar di makan zaman. Nak blame manusia pun tak guna. Nama pun manusia.

Walaupun susah nak move on dari 2007, tidak pernah seteruk 2016 selepas 2011. 2011 tu aku tersungkur boleh tahan parah juga tapi aku bangkit. Bangkit sampai aku sentuh langit. Cuma... 2016 dia lebih pahit nak ditelan dari 2011. Susah betul nak bangkit sampai kau boleh terbang sebelah burung merpati putih kat langit biru.

Sejak 2016, aku memang berjalan. Memang gerak tapi... bukan bangkit.  Hari-hari aku rasa macam Zombie. Aku tak revive pun. Aku cuma survive. Penat lah bab*! Sh*t! Ni dah 2022 kot! Bila nak maju.

0 comments: