Bayangkan! Aku baru sahaja keluar dari tempat persembunyian aku yang kadang-kadang bertukar menjadi studio melukis. Kadang-kadang bertukar m...

017 : Bagaimana Otak Aku Berfungsi?


Bayangkan! Aku baru sahaja keluar dari tempat persembunyian aku yang kadang-kadang bertukar menjadi studio melukis. Kadang-kadang bertukar menjadi penjara (penjarakan diri sendiri). Kadang-kadang bertukar menjadi tempat aku mencari ketenangan. Kadang-kadang tempat aku melepaskan segala rasa. Menangislah sekuatnya! Well, Ruang yang kecil ini mempunyai 1001 fungsi. Aku hanya perlu petik jari saja. Terpulang aku nak pilih mana satu. Tapi setakat ni, kalau nak menjerit sekuat hati, harus menjerit dengan cara berbisik. Risau, jiran sebelah ingat aku dah start buat perancangan bunuh diri pula. Tak baik kan buat orang risau. Kalau tak risau pun, paling kurang jiran terumpat. Kesian pula nanti pahala diorang singgah kat aku. Hiks.


Bulan Ramadan ni kan, tidak elok gunakan otak yang aku pakai sekarang ni. Aku patut switch off. Aku patut pakai yang elok sikit. Tapi, tadi aku tengok kat rak display otak aku, macam semua pun karat. Baru aku ingat, aku terlupa nak gilap. Esok aku ajak suami pergi beli kain lap dan penyapu habuk buat mengilap. Dah kilat nanti, korang nampak lah aku pakai purdah. Sila amin kan saja. Aku tak bergurau tau ni. Pernah nampak aku gurau ke? Uhuk.


Lagi satu, aku baru sedar yang aku belum hubungi Ustazah aku on belajar Al-Quran untuk bulan ni. Aduh! Tak apalah, ustazah rehat dulu dengan saya ya. Saya stand alone dulu bulan ni. Insya Allah kita jumpa lepas raya.


Sebut pasal raya ni, kusutlah aku! Jangan salah faham sayang, saya bukan benci Hari Raya tapi... you don't understand and it's okay if you don't understand. Biasalah tu... Hhuhu...


Jadi, ceritanya macam ni. Aku baru keluar dari SOHO (Nama sebenar bilik persembunyian yang aku cakap kat perenggan satu). Sepatutnya jadi tempat aku fokus buat kerja blogging dan internet tapi aku ni terlebih kreatif. Boleh jadi zoo juga SOHO ni nanti. Nak tambah kawan Boba. Nak tambah arnab, hamster, ikan, kerbau, gajah, dan zirafah. Kalau ada peluang singa dan harimau lah sekali.


Aku naik ke atas, ke bilik tidur a.k.a dungeon a.k.a isolation room. Haaa... banyak nama sebab akan bertukar mengikut mood dan siapa yang pakai tu. Sofinah ke, Sofie Luthor ke, Bb Jane ke, Jane White, Jane Black dan macam-macam warna ada. Boleh pilih-pilih. Nak warna apa?


Ke bilik tidur tu sebab aku nak ambil pengecas telefon pintar aku yang tak berapa pintar kadang-kadang. Maklumlah dah setahun aku perah otak telefon tu. Aku turun lah ke SOHO semula bawa pengecas. Aku pasang kan ke suis. Lepas tu aku tak tahu macam mana, aku tak charging phone aku dari tadi.


Aku pakai dengar Spotify siap dancing-dancing. Menyumbang suara. Tup-tup eh? tinggal 26% ya? Laaa aku tak charging dari tadi. Aku pun cari charger aku. Aku tanya kat husband. "Darling, nampak charging sayang tak?"


Dia jawab, "Tak.. bukan tadi dah ambil ke?"


Aku cakap, "Entahlah. Lupa ambil kot." Aku pun naik semula ke atas. Bila aku kat atas, aku cari charger aku tu merata tempat siap dalam telur, peti sejuk, periuk nasi pun aku cari. Sumpah tak ada. Aku turun balik ke SOHO. Masa masuk tu, tiba-tiba aku nampak charger aku melekat kat dinding. Suis dah siap on pula tu. Kenapa tadi aku tak nampak eyh?


Penat aku dengan otak aku ni.


Aku ingat lagi, masa aku nak makan Maggi Cup dulu. Pun Bulan Ramadan juga masa tu. Aku lapar sebab baru balik dari berniaga kat Bazar Ramadan. Dah berbuka tapi tu lah. Otak aku hang kot. Jadi tak rasa kenyang. Aku buka Maggi Cup tu. Aku tuang air panas. Perencah dia aku letak kat atas meja kopi. Ternampak Kopiko Brown Coffee, aku ambil lah. Dalam fikiran nak minum sekali masa makan Maggi Ayam tu.


Siap aku ke dapur, ambil cawan kopi yang tertulis "Silly Wonk". Aku masukkan air panas kat cawan tu lepas tu... aku buka sachet Kopiko dan aku pun tuang. Lepas tu aku ambil sudu. Aku nak gaul lah kopi aku tu tadi.


Bila nak gaul, Lah? Kenapa cawan Silly Wonk aku masih air panas kosong?


Rupanya aku masukkan serbuk kopi ke dalam cawan Maggi aku. Maka, aku pun makan Maggi Cup perisa Brown Coffee yang didatangkan khas dari jenama Kopiko. Dan minuman aku, Kopi perisa Ayam.


Selamat menjamu selera.

0 comments: