Seawal jam 8 pagi, aku sudah terpajak di medan selera berdekatan dengan tempat kerja aku. Aku menunggu kedatangan Kak Lim dan Kak Tiara. &qu...

015 : Keadaan Kita Tidak Akan Sama Lagi (Bab 3)


Seawal jam 8 pagi, aku sudah terpajak di medan selera berdekatan dengan tempat kerja aku. Aku menunggu kedatangan Kak Lim dan Kak Tiara.


"Hi Fiyaa..." Tegur Kak Tiara. Macam biasa kakak cantik ni pasti akan memberikan senyuman paling manis kepada aku sambil malu malu. Pemalu betul orangnya. Kak Lim tanpa bersuara terus melabuhkan punggungnya sambil meletakkan teh ais kegemarannya itu. Tidak pernah tidak ada teh ais itu jika bersarapan dengan Kak Lim.


"Aku tunggu kau tau tak pagi kelmarin...", Ya! Itulah sebabnya Kak Lim tidak bersuara. Kelihatan dingin sedikit pagi ini. Dia bersarapan pagi sendirian semalam dan aku tidak membalas mesejnya. Mungkin dia merajuk sedikit. Tapi tidak lama. Beberapa minit sahaja dia sudah bersembang dengan aku macam hari hari sebelum ini.


Selesai sarapan, kami masuk kerja dan masing masing masuk ke pejabat masing masing. Kak Tiara, penyelia bahagian financial sudah pastilah akan masuk ke pejabatnya yang paling hujung. Manakala, Kak Lim, akan memeriksa pekerja bawahannya terlebih dahulu sebelum melakukan kertas kerjanya.


Aku tidak menyinggah ke mana mana lagi. Aku terus sahaja pergi ke pejabat aku. Aku buka pintu pejabat. Hairan. Pintu tidak berkunci. Bukankah aku menguncinya sebelum aku tinggalkan pejabat dua hari lepas? Aku selak daun pintu dan...


Kak Meo dan Kak Jack sudah menunggu aku di pejabat aku. Ya... Sudah tentu. Kak Meo sebagai majikan aku, merangkap pengurus aku, sudah tentulah dia mempunyai kunci pendua bagi bilik pejabat aku. Aku tahu apa yang mereka mahu lakukan. Mereka sudah pasti mahu membuat sesi menyiasat tentang luka di pergelangan tangan aku. Ini mesti angkara Kak Jack.


Aku masuk dengan perlahan, tutup pintu, dan aku hanya berdiri memandang mereka berdua yang sedang duduk diam bergandingan di kerusi panjang yang ada di bilik pejabat aku. Aku menelan air liur dan bersuara, "Hmm... why? Aku buat salah ke?" soalku pura pura tidak tahu tujuan mereka berdua.


"Duduk..." Kata Kak Meo dengan serius. Kali ini aku dapat rasakan dia tidak bergurau. Aku pun duduk di kerusi yang mereka letak di hadapan mereka. Tiba tiba aku rasa seperti di bilik kaunseling sekolah yang pernah menjadi tempat aku setiap hari meluahkan segala perasaan remaja yang memberontak. Aku cuma diam dan melihat mereka berdua bersilih ganti.


"Apa semua ni Fiyaa?" Soal Kak Meo. Aku melihat serpihan cermin, bingkai cermin, kertas berkeronyok yang diluruskan, dan cermin yang aku gunakan melukakan pergelangan tangan ada di atas meja. Aku cemas apabila melihat serpihan cermin itu terdapat kesan darah dan kertas tu... kertas tu dibaca oleh Kak Meo dan Kak Jack kah?


Aku berdiri dan aku cuba mencapai kertas itu. Tapi, sebelum aku capai, Kak Meo sudah terlebih dahulu mengambil kertas itu. "Duduk Fiyaa...", Katanya dengan air muka seperti guru disiplin sekolah. Aku akur. Aku duduk tapi aku mula menangis. Aku patut bawa kertas itu dan buang di tempat lain. Bukan dibuang di tong sampah dalam bilik pejabat aku.


Wajah Kak Meo yang kelihatan serba salah itu memberi aku sehelai tisu. Aku ambil dan aku lapkan air mataku perlahan lahan. 


"Fiyaa, maaflah aku masuk ke pejabat kau tanpa pengetahuan kau hari ni dan semalam. Semalam aku masuk ke sini untuk mengambil kasut aku bawah meja kau..." Kak Meo memberikan penjelasannya. Aku cuai. Aku lupa Kak Meo ada menyimpan barangnya di bilik pejabat aku. Aku sepatutnya tahu bahawa dia boleh ke sini bila bila masa meskipun aku bercuti.


"Dan..." Kak Meo menyambung. "Di sebelah kotak kasut aku ada ini", katanya sambil ditunjuknya kaca yang mempunyai kesan darah itu. Setahu aku, tidak ada kesan darah di kaca itu. Mungkin aku tidak perasan kerana aku terkejut Kak Jack mengetuk pintu pejabatku waktu itu.


Ku gigit jariku kerana aku sudah mulai berasa risau yang melampau. Kaki ku, sengaja aku shake untuk menghilangkan resah. Aku menyambung mendengar Kak Meo. "Jack ada bagitahu aku tentang pergelangan tangan kau luka sebelum aku masuk mengambil kasut aku. Pada mulanya, aku ingat kau mungkin cuma cedera tanpa sengaja. Tapi, bila aku jumpa kaca ni Fiyaa... aku mulai musykil. Aku panggil Jack masuk ke sini dan kami cuba menyiasat jika ada perkara yang tidak elok. Lagipun, bingkai cermin ni Fiyaa, dan serpihan kaca ini, menghairankan bukan? Kau baling kah?"


Aku diam. "Kau baling kan Fiyaa?" Kak Meo bertanya lagi. Aku kenal Kak Meo. Jika soalannya tidak dijawab, jangan harap dia berhenti bertanya. "Ya..." Jawabku perlahan. Kak Meo melihat aku tanpa bersuara. Kak Jack juga. Kak Jack dari tadi lagi diam.


"Kau ada masalah apa Fiyaa?" Kak Jack akhirnya bersuara. "Ceritalah...kita simpan rahsia ini bersama..." Saat ini aku menangis lagi. Tiba tiba merasa begitu sebak dengan mereka yang begitu prihatin. Tapi, entah kenapa. Fikiran keduaku menghantui aku. Aku rasa sesuatu yang tidak jelas. Aku rasa...mungkin...mungkin mereka hanya mahu tahu semata mata. Bukan caring. Atau...mungkin... hari ini mereka bersahabat dengan aku dengan baik, esok? lusa? bagaimana jika...jika mereka sama seperti Knoye? Hari ini prihatin. Esok buang. Hari ini baik, esok lupa.


Tidakkkkk.....aku kusut. Aku pegang kepala aku dan aku menangis sepuasnya. "Fiyaaa..." Kak Meo mendekati aku. Dipeluknya aku dengan erat sekali. Aku hanya mampu menangis dan aku tidak menjelaskan apa apa. "Baiklah... aku tidak mahu bertanya lagi Fiyaa...Aku tak akan paksa lagi...sudah lah...cuma...aku beritahu kau, jika kau selesa dan bersedia berkongsi cerita, kau boleh cari aku. Bila masa saja. Okay... sudahlah... jangan menangis lagi...", pujuknya. Malu aku dibuatnya. Di pejabat, di tempat kerja bertingkah laku begini.


Kak Meo dan Kak Jack meninggalkan aku di bilik pejabat setelah mengemas semua serpihan kaca dan mengeluarkan semua barangan tajam di pejabat aku. Nampak sangat mereka begitu takut aku akan melakukan hal hal buruk.


"Fiyaa...I'm here for you...kami kat sini sayang kau, tahu?...kau tu, dah macam adik aku kat sini...please don't..." Dia memandang aku sambil bergeleng..."Please don't...don't do it again..." suaranya tersekat sekat. Lalu dia menutup pintu perlahan lahan. Aku tidak sangka Kak Meo begitu terkesan dengan apa yang aku lakukan. Aku lihat pergelangan tangan aku. Luka ini baru begini, fikirku. Sebenarnya parut yang lain ada ditempat lain.


"Adik..." bisik aku. "Dulu Knoye pun kata aku adik dia..." fikirku. Aku memandang ke kertas yang berkeronyok di atas meja. Kak Meo dan Kak Jack mungkin terlupa membuangnya. Aku buka dan aku baca tulisan aku sendiri.


"Keadaan kita tidak akan sama lagi. I hate this Knoye. I hate you. I hate myself. Ni semua salah Fiyaa...Fiyaa cuba menjadi yang terbaik untuk diri Fiyaa, untuk Knoye, untuk ayah, ibu...kawan kawan...tapi... I know, I'm not enough...no no... never...Sometime, I don't understand kenapa Fiyaa hidup di dunia ni tapi segalanya tidak pernah fair buat Fiyaa...I think, I don't belong here sejak awal lagi. I don't belong in this big big world. I hate my life. I hate myself. I should go...Good bye forever everyone. I'm sorry I'm not the best. I love you guys...but I'm sorry. Good bye...good bye forever...-Fiyaa-"


Ini bukanlah tulisan aku yang pertama. Sudah berkali kali aku tulis begini sejak aku di bangku sekolah. Berhenti menulis begini setelah aku kenal Knoye. Kembali berniat begini sejak aku rasa kosong dan putus asa.


...bersambung.

0 comments: