"Tahukan akak tak suka? Kenapa masih buat juga?" Aku hanya mampu terdiam. Badanku kaku, lidahku kelu, fikiranku buntu, dan air mat...

008 : Keadaan Kita Tidak Akan Sama Lagi (Bab 1)



"Tahukan akak tak suka? Kenapa masih buat juga?"


Aku hanya mampu terdiam. Badanku kaku, lidahku kelu, fikiranku buntu, dan air mataku berlinang laju lalu menitis ke lantai. Dalam beberapa saat, terimbas kembali kata kata janjiku, "Fiyaa janji kak..." suatu ketika dulu. Tidak dinafikan, aku memang tahu dia tidak suka. Sejujurnya aku lakukan semua ni dalam fikiran yang tetap waras. Ketik aku melakukannya, aku masih ingat akan kata janji yang aku lafaz. Tapi, aku tetap lakukan dan memungkiri janji.


Ketika aku berjanji, tidak pernah ada rasa ketidakpastian. Aku berjanji dengan yakin. Aku berjanji dengan hati yang benar dan tulus ikhlas. Aku juga berjanji tanpa mempersoalkan mungkin hubungan ini pelik! Tidak... aku tidak pernah merasa ini pelik. Pada awalnya aku rasa semuanya normal dan aku ingat semua orang mempunyai hubungan dan perasaan seperti yang aku rasa sekarang. Persahabatan yang manis dan indah sekali.


Di hari yang sama, akak kata, "Kita masih boleh jadi kawan. Tapi, ingat...keadaan tidak akan sama..." Tiada kata kata yang mampu aku ungkapkan. Tiada sesiapa pun tahu betapa hancurnya hati aku mendengarnya. Keadaan tidak akan sama? Aku hanya mampu menangis dan cuba menerima hakikat ini walaupun perit. Sakit.


Benar. Keadaan sudah tidak sama lagi. 360 darjah perubahannya hanya kerana... 1 perkara. Keindahan hubungan ini berubah dalam sesaat! Jauh beza masanya dengan betapa ambil masanya aku dalam mencuba menjadikan dia kawan terbaik dalam hidup aku di awal perkenalan. Dan semuanya berubah begitu sahaja dalam sesaat!


Kalaulah dia tahu betapa aku sunyi setelah dia mengubah segalanya. Kalaulah dia tahu betapa sakitnya rasa kemurungan yang aku rasa sekarang... adakah dia mahu kembalikan keadaan seperti dulu? "Tidak mungkin lagi Fiyaa...semua ini salah kau sendiri...Terima dan hiduplah dengan hati yang rabak ini selama lamanya" Bisik ku dalam hati menghukum diri yang kesal...


"Oii! Kau kenapa Fiyaa?" Jerkah majikan aku bila melihat aku termenung jauh. Kelam kabut aku mencari butang off telefon bimbit aku yang aku on lagu Kekasih Gelapku yang dinyanyikan oleh kumpulan Ungu dari Indonesia. Lagu yang bodoh untuk didengar tapi masih juga aku dengar.


"Kan aku dah cakap, jangan on lagu waktu kerja Fiyaa...awas kalau kau buat lagi...jom lunch..." Majikan yang boleh tahan rapat dengan aku. Tapi, meskipun dia rapat dengan aku, aku masih rasa kesunyian bila akak sudah jarang menghubungi aku akibat kes hari tu. Bila aku hantar mesej, apa saja lah dia balas? Sibuk sibuk sibuk sibuk... dan aku dah mula fedup dan aku juga mula merasa diri aku sudah pun dibuang dalam hidup akak.


Akak, kalaulah akak tahu kenapa saya bersahabat baik dengan Kak Oyen sepanjang akak sudah tidak berada di Sabah. Mungkin... mungkin akak benarkan saja aku bersahabat dengan Kak Oyen. Ntahlah... aku keliru! Aku yang pentingkan diri atau akak. Aku yang bodoh atau...hubungan ni yang bodoh!


"Fiyaa... kenapa tak habiskan makanan kau tu? Membazirlah..." Majikan aku yang tinggi lampai menegur aku. Aku tersedar dari lamunan. Lalu, aku mencapai minuman. Ku minum seteguk air. "Kenyanglah Kak..." kataku. Aku memanggil dia kakak kerana usianya yang lebih tua dari aku. Malah jarak usianya terlalu jauh dengan aku. Kadang kadang, terfikir juga...alangkah bagusnya, kakak depan mata aku ni adalah akak yang aku sayang tu. Yang banyak mempengaruhi hidup aku sejak aku kenal dia.


Akak...Kak Nori namanya. Aku suka panggil dia Knoye. Bersahabat dengan dia tidaklah begitu lama. Tapi, cukup istimewa hingga satu keluarga aku tahu pasal dia. Setiap kali datang bungkusan dari dia, tidak pernah lah rumah tidak riuh disebabkan jeritan excited aku. Itu unusual tahu... Aku bukan jenis memaparkan emosi tidak kira teruja, sedih, marah, dan sebagainya.


Tapi, bungkusan yang dihantar oleh akak cukup mengubah sikap introvert aku sedikit demi sedikit. Terujanya aku seperti akak yang datang sekali dengan bungkusan tu. Bersembang dengan akak tidak pernah bosan dan tidak pernah aku rasa untuk menolak meski aku sedang menonton rancangan TV paling aku gemari. Akak sentiasa nombor satu bagi aku.


Ada masa aku berangan suatu hari nanti, persabahatan aku dengan dia tahap macam keluarga. Tapi tak tahulah... hubungan ni mungkin dah lama toxic. Kalau bukan aku yang toxic, mungkin dia yang toxic. Mungkin juga kami berdua memang toxic tanpa kami sedar sendiri. Atau keadaan yang toxic? atau tiada sesiapa yang toxic. Mungkin ini sekadar takdir untuk aku belajar sesuatu. Sekadar sebuah cerita budak hingusan seperti aku. Budak mentah... apa sangatlah aku tahu realiti hidup yang sentiasa sepi dalam kemeriahan ini.


Aku sama saja macam budak lain. Aku ada BFF kat sekolah. Aku ada kawan kerja kat pejabat. Aku ada boyfriend. Aku ada crush. Aku ada cikgu kesayangan. Aku ada artis pujaan. Tapi dengan Knoye, beza. Dia ibarat tunggak atau keutamaan aku dalam membuat apa saja yang aku nak buat. Apa sahaja yang aku nak buat pasti aku nak dia impress. Pasti aku nak validation dari dia. Pasti aku nak tahu apa pendapat dia. Dia...ibarat segala galanya. Semua rancangan aku di masa depan sentiasa akan ada dia. Tidak pernah tidak ada.


Sebelum dia memutuskan keadaan tidak akan sama lagi, dia pernah kata, "Fiyaa obses dengan akak..." Sejujurnya, aku tak tahu obses tu macam mana. Mungkin suka yang melampau batas? mungkin? aku diam bila dia kata aku obses dengan dia. Aku diam sebab...aku tak pasti. Adakah aku obses? Adakah obses itu buruk?


"Fiyaa! Aku tak tahu lah apa masalah kau ni Fiyaa... diaaaammm memanjang... dah lah jom lah masuk office!" Baru aku perasaan, aku lupa jawab soalan majikan aku tadi pasal baju warna merah yang cantik tu. Aku tak boleh fokus. Dia ajak aku tengok baju tadi. Aduh... kesian dia. "Sorry kak Meo...Sorry..." pujukku tapi dah terlambat, jelingan tajam dia saja yang aku dapat. Dia berjalan laju ke pejabatnya meninggalkan aku.


Aku buka pintu pejabat aku, aku tutup pintu dan kunci semula. Aku duduk...aku cuba untuk fokus. Di depan aku banyak lukisan yang terabai. Banyak mesej follow up lukisan masing masing dari staff organisasi. Aku rasa berat nak siapkan semua ni. Aku capai telefon bimbit dan aku hantar SMS untuk majikan aku. "Kak Meo...Sorry tadi...esok aku temankan tengok baju okay... So sorry...I just feeling unwell today...". Dia membalas dengan pantas, "Baru nak mesej tanya kenapa dengan kau ni Fiyaa... It's okay lah...see you tomorrow... lunch time macam biasa... please take your medicine kalau tak sihat..." Tersenyum juga aku baca mesej Kak Meo ni. Kadang annoying, kadang sweet...di saat aku tutup SMS Kak Meo, aku ternampak SMS Knoye yang lama lama... Aku baca semua pesanan ringkas lama dari Knoye. Tiba tiba aku merasa sedih giler...Aku sedih sangat sangat...


Yang aku mampu hanyalah menangis sendirian di meja kerja. Aku rasa kehilangan yang besar walaupun akak kata, kita boleh kawan. Aku tak dapat nak terima kenyataan bahawa keadaan tidak akan sama lagi. Aku rasa dunia aku dah berakhir. Kawan? Senang cakap kan...kalau dulu, dia paling rajin borak, SMS, call...sekarang? Tak ada bunyi pun...


Sibuk? Sibuk atau dah tak suka? Atau dah lupa? Atau dah buang? 


Aku lap air mata. Aku lihat bingkai cermin yang aku letak di meja kerja yang satu lagi. Meja yang penuh dengan kertas kertas pelbagai saiz. Bingkai cermin itu, cerminnya sudah tidak ada. Cerminnya... cerminnya pecah aku baling ke lantai tempoh hari lepas bertelefon dengan Knoye. Sad mad. Itulah yang aku rasa ketika itu. Serpihan kaca masih ada di lantai... Aku malas nak bersihkan...Aku pandang lama lama setiap serpihan... lalu aku ambil serpihan yang sebesar tapak tangan...


Aku pandang ke dalam cermin...saiz cermin ini hanya mampu memberi refleksi wajahku yang separuh. Aku melihat mataku yang bengkak teruk akibat menangis teresak esak. Melihat wajah sendiri yang hodoh hasil tangisan yang tiada sesiapapun nak peduli, akhirnya mataku mengalihkan pandangan ke bucu serpihan cermin yang tajam.


Tanpa berfikir panjang, aku letakkan serpihan tajam itu ke pergelangan tangan kanan... Aku ketap gigi dan menutup mata...lalu ku tekan cermin tajam itu sekuat mungkin.

...bersambung.

0 comments: