Siangku kini sering meriah. Tapi meriahnya membingitkan telingaku. Bukan kicauan burung yang aku benci. Bukan juga keterangan mentari yang a...

010 : Peperangan Antara Siang dan Malam


Siangku kini sering meriah.

Tapi meriahnya membingitkan telingaku.

Bukan kicauan burung yang aku benci.

Bukan juga keterangan mentari yang aku rimaskan.

Tapi siangku kini sudah mula menukar rutinku.

Menukarkan jadualku.

Kemeriahannya sering membuat privasiku gementar.

Kemeriahannya sering membuat kehilangan tenang.

Setiap petang, tidak lagi ku bisa menjalankan rutinku dengan aman dan indah.

Ramai bukanlah aku.

Sendirian bukan juga aku.

Kini aku keliru. Siangku keliru.


Malamku kini bukan lagi sepi yang aman.

Sepinya kini menakutkan. Telingaku mendengar bisikan.

Bisikan mencemaskan.

Dulu, malam menjadi pilihanku hidup.

Kisah tenangku tercoret di waktu malam.

Bekerja ku pilih malam.

Bermain ku pilih malam.

Segalanya aku pilih malam.

Kerana setiap mereka yang sedang tidur,

Merupakan pil tenang buatku.

Tiada siapa akan menganggu aku malam hari.

Tiada siapa menjadi majikanku.

Tiada siapa bertanya aku soalan merimaskanku.

Tiada siapa mengkritik kerjaku.

Tiada siapa memilihkan warna keputusanku.

Kini, malam malam ku hanya tinggal keresahan.

Keresahan dan kerisauan kini menemani malam malam ku.

Ketakutan yang menguasai aku, kini tertanam di dalam kepalaku.

Benihnya bercambah, akarnya merebak.

Sudah tiada lagi fokusku.

Tiada lagi kekuatanku.


Ku cuba siang dengan mata yang tertutup.

Berjemur aku di cahaya matahari.

Habanya mengigit kulitku.

Air peluh mengalir di tubuhku.


Bilaku buka mata, namaku diseru.

Diseru lagi. Dan lagi. Dan lagi.

Kerana dewasanya aku kini,

Namaku diseru kerana tanggungjawab semata.


Di mana sudah perginya amanku?

Siang dan malam ku hanya ada ribut.

Perang saudara antara aku dan aku.

Perang saudara antara hati dan akalku.

Perang saudara antara sayang dan benciku.

Perang saudara antara kekuatan dan putus asaku.


Harapanku; bebaskanlah aku.

Harapanku; hentikan hentikan keterpaksaan.

Benarkan aku terbang.

Berikan bebasku.

Berikan amanku.


Atau...inilah namanya pengorbanan peperangan

Antara siang dan malam?


Tiada yang tinggal lagi.

Tiada saki baki lagi.

Medan pertempuran yang berlumuran darah.

Air sungai bertukar merah.


Yang ada hanya tinggal sayu, layu,

dan mati.


Ada kah bakal tiba

yang namanya

PENGGANTI?


-Forget My Name : Me-

0 comments: